Tuesday, February 10, 2009

24. MUKHRIZ & RAJA LAWAK

Mukhriz saran PAS Perak sertai BN

KUALA LUMPUR: PAS Perak hari ini disaran menyertai Barisan Nasional (BN) bagi mengukuhkan perpaduan Melayu dan seterusnya membentuk satu pentadbiran kerajaan negeri yang lebih mantap.

Exco Pemuda Umno, Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata, PAS harus mempertimbangkan cadangan berkenaan agar sebuah kerajaan negeri yang kuat dan bersatu padu dapat dibentuk.

"Dengan cara itu, kita (BN) akan dapat memimpin dan mentadbir negeri Perak dengan lebih terjamin dan berkuasa kerana gabungan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) BN, Bebas dan PAS akan dapat mewujudkan satu pentadbiran negeri yang lebih mantap," kata Mukhriz.

-petikan dari MSTAR

Monday, February 9, 2009

23. TAKZIAH & AL-FATIHAH

22. BANGKITLAH & BERJUANGLAH

ORANG MUDA

Orang muda
darah mendidih sentiasa
minda segar panas bernas
persepsi demi hari muka.

Orang muda
mencabar melenium
menilai material segala
bergaya sekalipun kedana.

Orang muda
perlu tunjuk ajar
nasihat akliah logik
jauhi sifat kurang ajar.

Orang muda
beringatlah kalian pewaris
sesudah lima dekad lebih merdeka
hakikatnya kita masih terjajah.

ABDUL HALIM YAACOB.
Pinggiran A Setar (150808)

21. NAJIB & KATA DULANG PAKU SEPIH

1. Mengenai pergolakan politik yang berlaku di Perak itu ada satu lagi versi atau cebisan sejarah lama boleh dijadikan panduan. Ianya dirasakan adil dan relevan kerana ia telah berlaku di negeri itu kira-kira 35 tahun lalu.

2. Kisah itu ialah mengenai apa yang menimpa ke atas bekas Menteri Besarnya, Tan Sri Mohamad Ghazali Jawi iaini bapak kepada Mohd Tajol Rosli pada tahun 1974. Apa yang berlaku ke atas Nizar hari ini senarionya sama walapun suasananya dan kondisinya berbeza.

3. Sultan Perak waktu itu, Sultan Idris Shah sudah tidak berkenan untuk melantik Ghazali Jawi untuk menjadi MB buat kali kedua (sambung selepas habis dua tahun). Bagaimana pun Ghazali tidak mahu melepaskan jawatan berkenaan dan kedegilan Ghazali itu menimbulkan masalah kepada Sultan Idris Shah.

4. Tindakan Ghazali itu menyebabkan Sultan tidak dapat berbuat apa-apa, kerana Perlembagaan Perak melarang baginda berbuat demikian. Apa yang menjadi alasan dan dipertikaikan Nizar kini itulah juga yang digunakan pakai oleh Ghazali untuk terus menjadi MB.

5. Pemuda Umno ketika itu memberi pandangan; “Sultan Perak mempunyai hak melantik dan berkenan seseorang memegang jawatan Menteri Besar, tetapi setelah dilantik dan diperkenankan, Sultan tidak ada hak mengikut Perlembagaan Negeri untuk memecat atau memerintahkan supaya meletakkan jawatan. Hak untuk memecat atau memerintahkan seseorang berhenti dari Menteri Besar, ialah Presiden UMNO.”

-sebahagian petikan dari MSO blog.

Sunday, February 8, 2009

20. JEBAT & NIZAR

"Jangan! Jangan sembah aku. Aku bukan gila disembah. Aku bukan sebagai Sultan Melaka a.k.a Sultan Perak yang mengagung-agungkan pangkat dan kebesarannya. Aku Jebat, rakyat biasa. Pangkat aku untuk kepentingan rakyat, dan aku rela mati untuk rakyat...kerana aku mahu keadilan, keadilan. Keadilan!!!

Saturday, February 7, 2009

19. PERAK BLACK DAY

Thursday, February 5, 2009

Wednesday, February 4, 2009

17. UMNO & RASUAH

UMNO kata ia parti yang bermaruah
Memecat ahli ambil RM300 wang hadiah
Tapi UMNO sanggup terima kemasukan perasuah
Dua ADUN PKR Perak hadapi tuduhan rasuah
Tuduhan meluluskan projek di Seri Iskandariah
Kalau bersalah mereka adalah penjenayah
Namun bagi UMNO itu tak jadi masalah
Parti itu sanggup terima yang tak bermaruah
Asalkan dapat memenuhi hajat nak memerintah
Adakah UMNO satu parti bermaruah?

Kalau dengar geng UMNO bersembang
Sikit sangat yang bercakap nak berjuang
Semua pikir pasal projek nak banyak wang
Wang..wang..wang..mengisi otak kau orang
Projek itu..projek ini..selalu menghidu peluang
Di kedai kopi di warkop atau dilobi lima bintang
Cuma slogan cemerlang gemilang terbilang
Tapi yang sebenar cuma songlap macam musang
Kalau mereka tak ikut cakap atau menentang
Silap haribulan akan didapati telah "hilang"
Macam Altantuya, Bala, Adun Cangkat dan Behrang
Habis hancus lulus isi badan dan tulang

UMNO tak appeal kepada orang muda
Sebab pemimpin UMNO sombong dan gila takhta
Sanggup beli ADUN dengan wang berjuta-juta
Dan juga perwakilan bahagian Pemuda dan Wanita
Jin-jin di PWTC boleh jadi saksi-saksi utama
Dapat lihat mata perwakilan ada Ringgit Malaysia
Lepas tu dapat berjalan ke Medan dan Jakarta
Semuanya ditanggung termasuk golf dan wanita
Sebagai imbuhan dari calun-calun yang berjaya
Semuanya akan disoal diakhirat oleh Allah Taala
Dan akan dipratonton kepada semua manusia
Manusia lingkup dek Wanita Takhta dan Harta.

Keris Silau
3 February 2009

16. SPR & UMNO???

Monday, February 2, 2009

15. YEOP MAN & YEOP DIN

14. PELIK & JELIK

1. Kontroversi 2 orang ADUN di Perak "ghaib" seketika sesuatu yang pelik.

2. Apabila heboh dengan berita perletakan jawatan mereka, barulah tuan empunya diri muncul. Padahal dalam tempoh "dibuniankan", "bomoh-bomoh serta kaum kerabat" mereka sibuk mencari samaada masih "hidup atau matikah" meraka ini.

3. Jeliknya, alasan yang diberikan oleh "budak nakal ini" ialah seorang bercuti sakit dan seorang lagi "makan-makan angin".

4. Yang peliknya lagi, petang ini "2 budak nakal ini" dijangka akan mengadakan sidang akhbar di Shah Alam. Kecil hati orang Behrang dan Changkat Jering tak buat sidang akhbar di tempat mereka.

5. Noktahnya, karier politik mereka telah berakhir. Orang Behrang dan Changkat Jering akan memandang mereka dan keluarga mereka ini orang yang "pelik dan jelik". Cepat-cepatlah bawa keluarga berpindah keluar dari Perak.

Sunday, February 1, 2009

13. LOMPAT & BUBAR



1. 2 Adun Pakatan Rakyat "main sorok-sorok" atau "disorokan menjadi tandatanya.

2. Sewajarnya 2 Adun ini jadilah "anak jantan" seperti Adun Bota dengan menetapkan pendirian yang muktamad.

3. Saya menjangkakan, DUN Perak akan dibubarkan sekiranya "2 budak nakal ini" berpindah pasukan.

4. Jika Pilihanraya DUN Perak diadakan, saya meramalkan BN akan kehilangan lagi 10 DUN kepada Pakatan Rakyat (PRU12 yang lalu, 10 DUN yang dimenangi oleh BN, menang dengan majoriti tipis) . Pakatan Rakyat akan mentadbir dengan majoriti yang selesa.

5. Ada 3 faktor keberangkalian ini terjadi. Pertamanya, situasi dalaman UMNO Perak yang kini "bermasalah dan tikam menikam" menjelang Pemilihan UMNO Mac ini. Keduanya, isu tanah kampung Baru dan kampung Tersusun yang lebih menguris perasaan pengundi Cina di Perak dimana mereka terasa seperti warganegara kelas kedua apabila UMNO menentang pemberian tanah ini. Ketiganya, kes kematian Kugan dalam tahanan polis membuatkan pengundi India merasa marah kepada kerajaan BN. Semua ini akan diterjemahkan jika ada pilihanraya DUN.

6. Selamat berjuang!!!

12. BAHASA & POLITIK



1. Apabila orang politik mengubah sesuatu dasar bahasa bolehlah dilihat sebagai untuk kepentingan politiknya sahaja.

2. Apabila pakar bahasa memperjuangkan dasar bahasa boleh difahami dengan mudah mereka memang benar-benar memperjuangkan untuk anak bangsa.

3. Jujurnya, pergilah mana-mana sekolah di Malaysia dan tanyalah guru-guru dan pelajar-pelajar. Adakah mereka selesa mengajar dan belajar sains dan matematik dalam bahasa asing? Jawapannya ada pada mereka.....