Tuesday, February 10, 2009

24. MUKHRIZ & RAJA LAWAK

Mukhriz saran PAS Perak sertai BN

KUALA LUMPUR: PAS Perak hari ini disaran menyertai Barisan Nasional (BN) bagi mengukuhkan perpaduan Melayu dan seterusnya membentuk satu pentadbiran kerajaan negeri yang lebih mantap.

Exco Pemuda Umno, Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata, PAS harus mempertimbangkan cadangan berkenaan agar sebuah kerajaan negeri yang kuat dan bersatu padu dapat dibentuk.

"Dengan cara itu, kita (BN) akan dapat memimpin dan mentadbir negeri Perak dengan lebih terjamin dan berkuasa kerana gabungan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) BN, Bebas dan PAS akan dapat mewujudkan satu pentadbiran negeri yang lebih mantap," kata Mukhriz.

-petikan dari MSTAR

Monday, February 9, 2009

23. TAKZIAH & AL-FATIHAH

22. BANGKITLAH & BERJUANGLAH

ORANG MUDA

Orang muda
darah mendidih sentiasa
minda segar panas bernas
persepsi demi hari muka.

Orang muda
mencabar melenium
menilai material segala
bergaya sekalipun kedana.

Orang muda
perlu tunjuk ajar
nasihat akliah logik
jauhi sifat kurang ajar.

Orang muda
beringatlah kalian pewaris
sesudah lima dekad lebih merdeka
hakikatnya kita masih terjajah.

ABDUL HALIM YAACOB.
Pinggiran A Setar (150808)

21. NAJIB & KATA DULANG PAKU SEPIH

1. Mengenai pergolakan politik yang berlaku di Perak itu ada satu lagi versi atau cebisan sejarah lama boleh dijadikan panduan. Ianya dirasakan adil dan relevan kerana ia telah berlaku di negeri itu kira-kira 35 tahun lalu.

2. Kisah itu ialah mengenai apa yang menimpa ke atas bekas Menteri Besarnya, Tan Sri Mohamad Ghazali Jawi iaini bapak kepada Mohd Tajol Rosli pada tahun 1974. Apa yang berlaku ke atas Nizar hari ini senarionya sama walapun suasananya dan kondisinya berbeza.

3. Sultan Perak waktu itu, Sultan Idris Shah sudah tidak berkenan untuk melantik Ghazali Jawi untuk menjadi MB buat kali kedua (sambung selepas habis dua tahun). Bagaimana pun Ghazali tidak mahu melepaskan jawatan berkenaan dan kedegilan Ghazali itu menimbulkan masalah kepada Sultan Idris Shah.

4. Tindakan Ghazali itu menyebabkan Sultan tidak dapat berbuat apa-apa, kerana Perlembagaan Perak melarang baginda berbuat demikian. Apa yang menjadi alasan dan dipertikaikan Nizar kini itulah juga yang digunakan pakai oleh Ghazali untuk terus menjadi MB.

5. Pemuda Umno ketika itu memberi pandangan; “Sultan Perak mempunyai hak melantik dan berkenan seseorang memegang jawatan Menteri Besar, tetapi setelah dilantik dan diperkenankan, Sultan tidak ada hak mengikut Perlembagaan Negeri untuk memecat atau memerintahkan supaya meletakkan jawatan. Hak untuk memecat atau memerintahkan seseorang berhenti dari Menteri Besar, ialah Presiden UMNO.”

-sebahagian petikan dari MSO blog.

Sunday, February 8, 2009

20. JEBAT & NIZAR

"Jangan! Jangan sembah aku. Aku bukan gila disembah. Aku bukan sebagai Sultan Melaka a.k.a Sultan Perak yang mengagung-agungkan pangkat dan kebesarannya. Aku Jebat, rakyat biasa. Pangkat aku untuk kepentingan rakyat, dan aku rela mati untuk rakyat...kerana aku mahu keadilan, keadilan. Keadilan!!!

Saturday, February 7, 2009

19. PERAK BLACK DAY

Thursday, February 5, 2009

Wednesday, February 4, 2009

17. UMNO & RASUAH

UMNO kata ia parti yang bermaruah
Memecat ahli ambil RM300 wang hadiah
Tapi UMNO sanggup terima kemasukan perasuah
Dua ADUN PKR Perak hadapi tuduhan rasuah
Tuduhan meluluskan projek di Seri Iskandariah
Kalau bersalah mereka adalah penjenayah
Namun bagi UMNO itu tak jadi masalah
Parti itu sanggup terima yang tak bermaruah
Asalkan dapat memenuhi hajat nak memerintah
Adakah UMNO satu parti bermaruah?

Kalau dengar geng UMNO bersembang
Sikit sangat yang bercakap nak berjuang
Semua pikir pasal projek nak banyak wang
Wang..wang..wang..mengisi otak kau orang
Projek itu..projek ini..selalu menghidu peluang
Di kedai kopi di warkop atau dilobi lima bintang
Cuma slogan cemerlang gemilang terbilang
Tapi yang sebenar cuma songlap macam musang
Kalau mereka tak ikut cakap atau menentang
Silap haribulan akan didapati telah "hilang"
Macam Altantuya, Bala, Adun Cangkat dan Behrang
Habis hancus lulus isi badan dan tulang

UMNO tak appeal kepada orang muda
Sebab pemimpin UMNO sombong dan gila takhta
Sanggup beli ADUN dengan wang berjuta-juta
Dan juga perwakilan bahagian Pemuda dan Wanita
Jin-jin di PWTC boleh jadi saksi-saksi utama
Dapat lihat mata perwakilan ada Ringgit Malaysia
Lepas tu dapat berjalan ke Medan dan Jakarta
Semuanya ditanggung termasuk golf dan wanita
Sebagai imbuhan dari calun-calun yang berjaya
Semuanya akan disoal diakhirat oleh Allah Taala
Dan akan dipratonton kepada semua manusia
Manusia lingkup dek Wanita Takhta dan Harta.

Keris Silau
3 February 2009

16. SPR & UMNO???

Monday, February 2, 2009

15. YEOP MAN & YEOP DIN

14. PELIK & JELIK

1. Kontroversi 2 orang ADUN di Perak "ghaib" seketika sesuatu yang pelik.

2. Apabila heboh dengan berita perletakan jawatan mereka, barulah tuan empunya diri muncul. Padahal dalam tempoh "dibuniankan", "bomoh-bomoh serta kaum kerabat" mereka sibuk mencari samaada masih "hidup atau matikah" meraka ini.

3. Jeliknya, alasan yang diberikan oleh "budak nakal ini" ialah seorang bercuti sakit dan seorang lagi "makan-makan angin".

4. Yang peliknya lagi, petang ini "2 budak nakal ini" dijangka akan mengadakan sidang akhbar di Shah Alam. Kecil hati orang Behrang dan Changkat Jering tak buat sidang akhbar di tempat mereka.

5. Noktahnya, karier politik mereka telah berakhir. Orang Behrang dan Changkat Jering akan memandang mereka dan keluarga mereka ini orang yang "pelik dan jelik". Cepat-cepatlah bawa keluarga berpindah keluar dari Perak.

Sunday, February 1, 2009

13. LOMPAT & BUBAR



1. 2 Adun Pakatan Rakyat "main sorok-sorok" atau "disorokan menjadi tandatanya.

2. Sewajarnya 2 Adun ini jadilah "anak jantan" seperti Adun Bota dengan menetapkan pendirian yang muktamad.

3. Saya menjangkakan, DUN Perak akan dibubarkan sekiranya "2 budak nakal ini" berpindah pasukan.

4. Jika Pilihanraya DUN Perak diadakan, saya meramalkan BN akan kehilangan lagi 10 DUN kepada Pakatan Rakyat (PRU12 yang lalu, 10 DUN yang dimenangi oleh BN, menang dengan majoriti tipis) . Pakatan Rakyat akan mentadbir dengan majoriti yang selesa.

5. Ada 3 faktor keberangkalian ini terjadi. Pertamanya, situasi dalaman UMNO Perak yang kini "bermasalah dan tikam menikam" menjelang Pemilihan UMNO Mac ini. Keduanya, isu tanah kampung Baru dan kampung Tersusun yang lebih menguris perasaan pengundi Cina di Perak dimana mereka terasa seperti warganegara kelas kedua apabila UMNO menentang pemberian tanah ini. Ketiganya, kes kematian Kugan dalam tahanan polis membuatkan pengundi India merasa marah kepada kerajaan BN. Semua ini akan diterjemahkan jika ada pilihanraya DUN.

6. Selamat berjuang!!!

12. BAHASA & POLITIK



1. Apabila orang politik mengubah sesuatu dasar bahasa bolehlah dilihat sebagai untuk kepentingan politiknya sahaja.

2. Apabila pakar bahasa memperjuangkan dasar bahasa boleh difahami dengan mudah mereka memang benar-benar memperjuangkan untuk anak bangsa.

3. Jujurnya, pergilah mana-mana sekolah di Malaysia dan tanyalah guru-guru dan pelajar-pelajar. Adakah mereka selesa mengajar dan belajar sains dan matematik dalam bahasa asing? Jawapannya ada pada mereka.....

Thursday, January 29, 2009

11. KUGAN & JENAYAH

1. Dalam ayat Al-Maidah, Allah s.w.t berfirman ; "... Dan janganlah sekali-sekali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk tidak berlaku adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa".

2. Kisah Saidina Ali r.a. Ketika bertempur dengan seorang yahudi. Di dalam pertempuran tersebut, tiba-tiba musuh Ali r.a. meludahnya. Seraya itu, Ali meletakkan pedangnya ke tanah, memeranjatkan musuhnya yang menyangka Ali akan membunuhnya. "Mengapa engkau berbuat demikian?" tanya yahudi itu. "Sekiranya aku membunuh engkau tadi, aku membunuh engkau kerana Allah s.w.t. Tetapi selepas engkau meludah aku, sekiranya aku membunuh engkau, aku membunuh engkau kerana rasa marahku." Terus yahudi tersebut tersungkur di kaki Ali, mengucapkan dua kalimah syahadah.

3. Fikir-fikirkanlah....

Sunday, January 25, 2009

10. KHIR TOYO & LEMBU

1. Polemik lembu telah dibisingkan oleh "bekas ketua darjah" dan "calon ketua tingkatan" Khir Toyo.

2. Momokan Khir Toyo dimana lembu ini dijadikan korban untuk hari kebesaran umat Islam "Eidul Adha" telah diselewengkan oleh Khalid Ibrahim bagaikan gegak gempita untuk memperlecehkan Pakatan Rakyat.

3. Mari kita bertanya, daging lembu yang dikorbankan ini untuk siapa? Adakah untuk anak beranak dan keluarga Khalid Ibrahim yang menjamahnya? Atau adakah untuk umat Islam yang berhak menerimanya semasa hari Tashriq untuk merasai nikmat Allah?

4. Khir Toyo sebenarnya bermain dengan api sebenarnya. Sesungguhnya, kalau hendak mencari isu menghentam Pakatan Rakyat, janganlah isu "lembu korban Nabi Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail" hendak dipolemikan. Hentikanlah. Ingatlah bayaran tunai di dunia dari Allah akan diterima sepertimana Nabi Ibrahim "mendapat bayaran tunai" dengan ikhlas mengorbankan Nabi Ismail anaknya bertukar menjadi binatang sembelihan.

5. Pertanyaan kepada Khir Toyo, perumahan mewah untuk Exco-Exco di Shah Alam yang nilainya berjuta dimana duit rakyat dikorbankan siapakah yang mendapat manfaatnya?

9. GONG XI FA CHAI

8. ZAHID HAMIDI & LABU-LABUNYA

1. Menteri JPM, Zahid Hamidi dengan arahan terbarunya melarang Ketua Jabatan agensi pusat daripada menghadiri sebarang mesyuarat dengan kerajaan negeri Perak dan tidak mengiktiraf JKKK lantikan kerajaan negeri Perak.

2. Arahan ini sebenarnya menggali kubur BN sendiri. Rakyat Perak dapat menilai sendiri pemimpin yang ikhlas berjuang untuk rakyat.

3. Ketika komen ini ditulis, seorang ADUN BN-Bota dalam negeri Perak telah keluar daripada BN dan menyertai Pakatan Rakyat. Alasannya mudah, beliau yakin dengan PR untuk membela rakyat.

4. Untuk ingatan Zahid Hamidi, anda memenangi PRU12 dahulu pun bukannya majoriti besar sangat. Setakat majoriti seribu lebih boleh ditebus Pakatan Rakyat dalam PRU13 akan datang. Pada masa itu, anda akan menjadi sejarah yang hina seperti Samy Vellu.

Saturday, January 24, 2009

7. ISA & GUATANAMAO

1. Presiden US, Barack Obama telah menandatangani resolusi eksekutif untuk menghapuskan undang-undang "kuku besi Guatanamao" dalam tempoh setahun bermula dari tarikh 23 Jan 2009.

2. ISA di Malaysia bila lagi hendak dihapuskan?

3. PM Malaysia, Abdullah Badawi dan para kabinetnya yang majoritinya mengaku beragama Islam harus malu dan rasa tanggungjawab untuk menghapuskan ISA.

4. Barack Obama dan senatnya majoritinya Kristian menolak Guatanamao dan Abdullah Badawi dan kabinetnya majoritinya Islam menyokong ISA. Dimanakah iman anda dan para penyokong UMNO yang mengakui dirinya Islam. Berimankah anda???

Saturday, January 17, 2009

6. SYABAS & TAHNIAH!!!


Friday, January 16, 2009

5. GAZA & MALAYSIA

JIKA KAU MENANGIS TENTANG GAZA

Jika kau lihat rumah di gaza itu runtuh
Hati kau kecai berderai
Air mata kau meleleh panas
Kalehlah mata kau
Dan lihat rumah rumah di berembang di runtuhkan
Hati kau wajib berderai juga

Bila kau lihat rumah di hebron roboh
Kau lihat juga rumah di plentong roboh
Jika kau lihat rumah di jannin rutuh
Kau lihat juga rumah di chu badak runtuh

Panas air mata kau
Sepanas air mata seorang padri
Panas air mata kau
Sepanas air mata seorang rabbai
Panas air mata kau
Sepanas air mata seorang imam

Tangisan seorang ibu di gaza
Adalah tangisan seorang ibu di ulu yam
Tangisan seorang di tel viv
Adalah tangisan seorang ibu di jemapoh

Ibu yang anaknya hilang di padang pasir negev
Adalah ibu yang anaknya hilang di kamunting
Ibu yang suaminya hilang entah kemana
Adalah ibu yang anaknya di pukul di brickfield

Kau lihat tanah tanah itu di rampas
Kau perhatikan kondo kondo itu terdiri
Kau perhatikan di tapak rumah itu
Adalah sejarah turun temurun
Tapak rumah itu adalah cerita hidup mereka

Tanah itu di rampas di tebing barat
Tanah itu di rampas di plentong
Tanah itu di rampas di kerpan

Lihatlah tanah tanah palestin di rampas
Lihatlah tanah tanah dayak di rampas

Jika hati kau menangis untuk gaza
Hati kau juga menangis untuk balih dan kapit
Tahukah kau bila jentolak itu datang ke gaza
Jentolak itu juga datang ke simunjan

Jangan kau menangis seorang diri
Jangan kau terpencil keseorangan
Buka kan mata mu sayang
Buka kan luas
Hati kau adalah hati suci
Yang lebih tinggi dari seorang pelestin
Yang lebih tinggi dari seorang dayak
Yang lebih tinggi dari seorang melayu

Hati kau adalah hati seorang manusia

Hati kau adalah juga hati aku sayang

-petikan daripada Tukar Tiub

4. AZILAH & SIRUL???

Thursday, January 15, 2009

3. EZAM & ANWAR

Surat Anwar bertulis tangan kepada Dr Mahathir.

YAB Datuk Seri Dr Mahathir.

Assalamualikum Warahmatullah.

Perkembangan beberapa hari ini kebelakangan ini sungguh merimaskan. Berita-berita yang mengaibkan peribadi saya secara berterusan oleh media tempatan nampaknya tidak berkesudahan.


Saya dan Azizah harus tabah. Anak-anak saya mulanya agak sugul dan gundah. Hati mereka luka dan pelajaran mungkin terjejas. Alhamdulillah, mereka kian teguh berkat sokongan keluarga besar kami, rakan-rakan rapat-khususnya Azizah yang sentiasa disamping mereka.

Saya masih kebingungan, bertanyakan punca konspirasi untuk mengaib dan menjatuhkan saya.


Harapan saya, ialah agar keadaan sedikit reda bagi membolehkan saya membela diri dan mengembalikan kepercayaan rakyat.

Seperkara lainnya, ialah perihal keselamatan keluarga saya. Ibu bapa saya mengulangi pertimbangan Datuk Seri agar anak angkat mereka ( menurut Ezam, anak angkat dimaksukan adalah Sukma) tidak harus ditahan. Memadailah, penderaan yang kami alami sebagai keluarga dengan menghadapi tuduhan yang amat berat.

Betapa getir dan cemas kedudukan kami, saya dan Azizah tidak pernah melupakan curahan kasih sayang, bimbingan dan peluang yang Datuk Seri berikan.

Meskipun perhubungan diantara kita agak renggang, saya tidak mungkin melupakan jasa baik Datuk Seri.

Semoga Allah S.W.T memberikan taufik dan hidayah, memelihara kesejateraan kita bersama.
Salam saya dan Aizah kepada Datuk Seri dan kak Hasmah.


Anwar Ibrahim.
8 September 1998


-petikan dari Agendadaily

1. Ezam telah mendedahkannya apa yang diamanahkannya terdahulu.

2. Bagi saya, pendedahan surat ini kepada umum tidak dapat memberi apa-apa kesan kepada diri Anwar dan peluang PAS untuk memenangi PRK Kuala Terengganu.

3. Jika disoroti isi kandungan surat ini, gaya bahasanya hanya sekadar untuk meredakan ketegangan peribadi mahathir-anwar ketika itu. Tidak lebih dari itu.

4. Saya melihat dengan pendedahan surat ini, sebenarnya Ezam bukanlah seorang yang amanah. Dia menjawat setiausaha sulit ketika itu kepada Anwar. Seorang pekerja yang tidak lagi berkhidmat dengan majikannya, seharusnya tidak mengaibkan majikannya. Kalau apa yang yang dibuat oleh Ezam, maka ramai ahli politik dikalangan UMNO akan merasa gusar kepada setiausaha sulitnya pada kemudian hari.

5. Saya secara peribadi tidak meminati Anwar ketika dia di dalam UMNO. Bagi saya sesiapa yang berada di dalam UMNO seperti seseorang yang berkawan dengan tukang besi, yang akan merasa bahang kepanasan. Ezam kini bersama tukang besi manakala Anwar kini bersama dengan pembuat minyak wangi. Fikirkanlah!

Wednesday, January 14, 2009

2. PAS & UMNO

1. Pilihanraya KT lagi 3 hari lagi.

2. UMNO masih mendendangkan lagu lamanya.....hudud. Buletin Utama TV3 malam tadi masih mesensasikan isu hudud ini, walhal hudud bukanlah perkara yang boleh dikontroversikan tetapi hendaklah dibincangkan secara ilmiah. Ini hukum dari Allah bukan hukum dari Islam Hadhari!!!

3. PAS pula mempunyai peluru yang amat banyak dari isu nasional hinggalah tempatan. Rakyat kini lebih terkesan dengan isu kenaikan harga barang, pengangguran dan pendapatan boleh guna yang semakin mengecil daripada isu-isu murahan daripada UMNO.

4. Cakap-cakap politik bahawa PAS akan menang dengan lebih 2000 majoriti. Cakap-cakap ini bukan cakap-cakap kosong tetapi daripada kajian rambang badan bebas berkecuali. Kedengaran juga kaki judi haram yang meramalkan PAS akan menang dengan majoriti lebih 5000 undi.

5. Tetapi ramalan nujum pak belalang ini, sukar hendak diambil kira kerana semua pihak tahu dengan kelicikan jentera UMNO memanupulasikan seluruh jentera kerajaan bagi "bermain silap mata". Semua orang tahu, "padang permainan" dalam pilihanraya ini bukanlah bersifat rata.

6. Soal calon pula, PAS mempunyai kelebihan yang amat nyata. Calon UMNO bukan sahaja ditolak mentah-mentah oleh Pakatan Rakyat tetapi yang lebih menariknya ada kem-kem di dalam UMNO yang kurang senang dengan pemilihan calon "sombong ini.

7. Analisisnya, kelebihan PAS untuk memenangi pilihanraya kecil ini adalah lebih besar berbanding UMNO. Sebenarnya UMNO tidak belajar dari kesilapan PRU Mac lalu. "Projek mee segera" bukanlah jawapannya dalam setiap pilihanraya. Rakyat mahukan perubahan total dari susuk politik, ekonomi dan sosial.

Tuesday, January 13, 2009

1. PALESTIN & ISRAEL

1. Konflik Palestin Israel tiada pengakhiran dan sudah berlanjutan berpuluh tahun.

2. Jujurnya, umat Islam akan lupa apabila tentera Zionis berundur dan keadaan akan berada kembali normal.

3. Konflik ini hanya dapat diselesaikan melalui peperangan sahaja.

4. Iran dan Lubnan harus mengambil inisiatif menyerang Israel dengan apa kaedah sekalipun.

5. Buat Al-Qaeda, dimanakah dikau???