Wednesday, January 14, 2009

2. PAS & UMNO

1. Pilihanraya KT lagi 3 hari lagi.

2. UMNO masih mendendangkan lagu lamanya.....hudud. Buletin Utama TV3 malam tadi masih mesensasikan isu hudud ini, walhal hudud bukanlah perkara yang boleh dikontroversikan tetapi hendaklah dibincangkan secara ilmiah. Ini hukum dari Allah bukan hukum dari Islam Hadhari!!!

3. PAS pula mempunyai peluru yang amat banyak dari isu nasional hinggalah tempatan. Rakyat kini lebih terkesan dengan isu kenaikan harga barang, pengangguran dan pendapatan boleh guna yang semakin mengecil daripada isu-isu murahan daripada UMNO.

4. Cakap-cakap politik bahawa PAS akan menang dengan lebih 2000 majoriti. Cakap-cakap ini bukan cakap-cakap kosong tetapi daripada kajian rambang badan bebas berkecuali. Kedengaran juga kaki judi haram yang meramalkan PAS akan menang dengan majoriti lebih 5000 undi.

5. Tetapi ramalan nujum pak belalang ini, sukar hendak diambil kira kerana semua pihak tahu dengan kelicikan jentera UMNO memanupulasikan seluruh jentera kerajaan bagi "bermain silap mata". Semua orang tahu, "padang permainan" dalam pilihanraya ini bukanlah bersifat rata.

6. Soal calon pula, PAS mempunyai kelebihan yang amat nyata. Calon UMNO bukan sahaja ditolak mentah-mentah oleh Pakatan Rakyat tetapi yang lebih menariknya ada kem-kem di dalam UMNO yang kurang senang dengan pemilihan calon "sombong ini.

7. Analisisnya, kelebihan PAS untuk memenangi pilihanraya kecil ini adalah lebih besar berbanding UMNO. Sebenarnya UMNO tidak belajar dari kesilapan PRU Mac lalu. "Projek mee segera" bukanlah jawapannya dalam setiap pilihanraya. Rakyat mahukan perubahan total dari susuk politik, ekonomi dan sosial.

No comments:

Post a Comment